User Login

some some

Log Masuk

Protected by  CERTIFIED BY DIGICERT

© Intelligent Integrated Campus System, Universiti Malaysia Sabah 2025

For university use only and subject to the Personal Data Protection Act 2010

  • [HEBAHAN RASMI – STAF UMS WAJIB MELENGKAPKAN DUA (2) KAJIAN NASIONAL]

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 
     
    Dimaklumkan bahawa semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah DIWAJIBKAN untuk melengkapkan dua (2) kajian nasional yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2025 seperti berikut:

    1. Kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (Perkhidmatan Awam) [IKPM-PA] 2025
    (semua staf lantikan tetap dan kontrak)
    Tempoh: 15 Oktober – 15 November 2025

    Tujuan: Menilai tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam melalui 5 dimensi – emosi positif, emosi negatif, kepuasan hidup, kesejahteraan sosial & kefungsian psikologi.
     
    2. Penilaian Ideal Peribadi Organisasi (iNSAN – KPT) (staf lantikan tetap sahaja)
    Tempoh: 15 Oktober – 15 November 2025
    Tujuan: Mengukur kesejahteraan dan keserasian nilai peribadi serta organisasi dalam kalangan penjawat awam.
     
    Tindakan Diperlukan:
    Semua staf diminta melengkapkan kedua-dua penilaian sebelum 15 November 2025.
     
    Daripada,
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    28 Oktober 2025


  • PENGUMUMAN IKLAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN DI SISTEM HRONLINE

    PENGUMUMAN DARIPADA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

    Sukacita Universiti Malaysia Sabah mempelawa kakitangan pentadbiran yang berkelayakan, dinamik, kreatif dan inovatif untuk mengisi jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana:

    Cara memohon:
    a) Pemohon hendaklah mengisi CV Online melalui Sistem HR-Online V.4 di https://registrar.ums.edu.my (CV/Kenaikan Pangkat) bermula pada 22 Oktober 2025 (Rabu).
    b) Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 November 2025 (Jumaat).



  • TATACARA PERMOHONAN PENGEMASKINIAN GAMBAR PROFIL KAKITANGAN

    PENGUMUMAN DARIPADA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR : MODUL DALAM TALIAN PERMOHONAN PENGEMASKINIAN GAMBAR PROFIL KAKITANGAN
     
    Adalah dimaklumkan bahawa bermula 21 Julai 2025, kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) boleh mengemukakan permohonan pengemaskinian gambar profil secara dalam talian melalui HROnline.
     
    Sehubungan itu, tatacara permohonan ini ada seperti dalam infografik yang tertera.



  • PEMAKLUMAN PEMBAYARAN EMOLUMEN



  • MODUL DALAM TALIAN PERTUKARAN AKAUN BANK UNTUK TUJUAN PENGGAJIAN

    PENGUMUMAN DARIPADA SEKTOR PERJAWATAN, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR : MODUL DALAM TALIAN PERTUKARAN AKAUN BANK UNTUK TUJUAN PENGGAJIAN
     
    Adalah dimaklumkan bahawa bermula 19 Mei 2025, kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) boleh mengemukakan permohonan pertukaran akaun bank bagi tujuan penggajian secara dalam talian melalui HROnline V4.0.
     
    Sehubungan itu, tatacara permohonan ini ada seperti dalam infografik yang tertera.



  • Pengisian LNPT Bagi Tahun Penilaian 2025

    Assalamualaikum/Salam Sejahtera, 

    YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

    Sukacita dimaklumkan bahawa borang e-LNPT akademik dan pentadbiran bagi tahun penilaian 2025 telah dibuka bermula 9 April 2025. Semua kakitangan akademik dan pentadbiran adalah digalakkan untuk membuat pengisian borang e-LNPT tahun penilaian 2025 secara berkala dan berperingkat sebelum 31 Disember 2025 untuk mengelakkan bebanan mengisi pada saat akhir.

    Borang e-LNPT boleh diakses melalui pautan https://registrar.ums.edu.my/staff/web/site/login 

    Tempoh pengisian PYD : sehingga 31 Disember 2025 

    1. Panduan Pengisian SKT Format Baharu dan Manual Tatacara Pengisian Sistem e-LNPT Pentadbiran

    https://shorturl.at/nvEI7

     
    2. Panduan Manual Rujukan LNPT Guru Tahun 2021 (Pindaan 2022)

    https://shorturl.at/BvGff

     

    Sebarang pertanyaan lanjut; 
    Sektor Prestasi dan Psikologi 
    uppbsm@ums.edu.my 
    0168065272 / 0168446578 / 0128063645



  • Kaji Selidik Darjah Kegembiraan (DK-UMS) bagi Tahun 2025

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

    Dimaklumkan bahawa Kaji Selidik Darjah Kegembiraan (DK-UMS) bagi Tahun 2025 kini dibuka untuk pengisian melalui QR yang tertera atau pautan dibawah;

    registrar.ums.edu.my

    Please answer the UMS Happiness Index Survey through this link :

    registrar.ums.edu.my

    Thank you.

    4 mata IDP UMUM akan diberikan kepada kakitangan yang mengisi kaji selidik ini.

    Sebarang pertanyaan lanjut:

    Sektor Prestasi dan Psikologi
    Emel: uppbsm@ums.edu.my
    No. Tel: 0168917313 / 0168065272 / 0168446578

    19 Mac 2025



  • Pindaan Peraturan Cuti Sabatikal

    Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat, Jabatan Pendaftar
    Kepada: Semua Kakitangan Akademik & Pentadbiran



  • TAKWIM MESYUARAT JAWATANKUASA PENGAJIAN LANJUTAN TAHUN 2025

    Pengumuman Daripada:

    Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BkePT)