© Intelligent Integrated Campus System, Universiti Malaysia Sabah 2024
For university use only and subject to the Personal Data Protection Act 2010
Assalammualaikum wbt. dan Salam sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Bersama ini dimajukan poster pemakluman yang jelas maksudnya untuk hebahan kepada kakitangan yang berkaitan.
Perhatian dan kerjasama di pihak YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua PYD, PPP, PPK dan PEER yang telah menyelesaikan tanggungjawab masing-masing.
Bagi PYD, PPP, PPK dan PEER yang MASIH BELUM membuat pengisian & penilaian, dipohon agar mengisi atau menilai borang e-LNPT dengan KADAR SEGERA.
Kegagalan untuk mengisi dan membuat penilaian mengikut tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan implikasi berikut;
1. PYD tiada pergerakan gaji tahunan pada tahun 2024;
2. PYD tidak layak menuntut tunggakan pergerakan gaji tahunan jika lewat atas kecuaian sendiri;
3. PYD tidak layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat;
4. PYD tidak layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
5. PYD mengalami kesukaran memproses urusan pencen; dan
6. PYD, PPP, PPK dan PEER boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan (3)(2)(i) Akta Badan-Badan Berkanun [Tatatertib dan Surcaj] 2000 [Akta 605] kerana ingkar perintah.
Segala kerjasama dan perhatian Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sektor Prestasi dan Psikologi
Emel: uppbsm@ums.edu.my
No. Tel: 0168917313 / 0168065272 / 0168446578
1 April 2024
Hebahan tatacara permohonan pengecualian Program Transformasi Minda (PTM) kepada kakitangan UMS yang layak memohon.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Sistem e-LNPT Akademik dan Pentadbiran bagi Tahun Penilaian 2024 kini sedia untuk diakses oleh semua kakitangan melalui pautan
https://registrar.ums.edu.my/staff/web/site/login
Tempoh pengisian PYD : sehingga 31 Disember 2024
- Panduan Pengisian SKT Format Baharu dan Manual Tatacara Pengisian Sistem e-LNPT Pentadbiran
- Panduan Manual Rujukan LNPT Guru Tahun 2021 (Pindaan 2022)
Sebarang pertanyaan lanjut;
Sektor Prestasi dan Psikologi
Emel: uppbsm@ums.edu.my
No. Tel: 0168917313 / 0168065272 / 0168446578
1 April 2024
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), JABATAN PENDAFTAR
Kepada: Semua Kakitangan UMS
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan,
Bersama ini disertakan infografik berkaitan tatacara permohonan penamatan perkhidmatan secara dalam talian untuk rujukan dan hebahan kepada kakitangan UMS.
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sebarang pertanyaan lanjut:
perjawatan@ums.edu.my / sp_bpsm@ums.edu.my
088-329 068
Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Kepada: Semua Kakitangan Akademik & Pentadbiran
Dimaklumkan bahawa Permohonan Rayuan Semakan Semula Markah LNPT Akademik & Pentadbiran Tahun 2023 telah dibuka bermula 20 Mac 2024 sehingga 21 April 2024.
Sehubungan itu, semua kakitangan Akademik dan Pentadbiran adalah WAJIB untuk membuat semakan markah masing-masing bagi LNPT Tahun Penilaian 2023 dan memberikan maklumbalas setuju atau tidak setuju.
Kakitangan yang TIDAK membuat sebarang pengesahan dalam tempoh masa yang diberikan, dianggap bersetuju dan berpuas hati dengan penilaian yang diberikan.
Kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sektor Prestasi dan Psikologi
Emel: uppbsm@ums.edu.my
No. Tel: 0168917313 / 0168065272 / 0168446578
22 Mac 2024
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar mempelawa kepada semua kakitangan UMS Lantikan tetap/ baharu/lantikan semula/ tukar lantik yang memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan melalui modul modul Pengesahan Perkhidmatan HROnlineV4: https://registrar.ums.edu.my/.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan,
Bersama ini disertakan infografik berkaitan tatacara permohonan tuntutan bayaran balik pembelian kemudahan alat komunikasi mudah alih secara dalam talian untuk rujukan dan hebahan kepada kakitangan UMS yang layak.
Perhatian dan kerjasama di pihak YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sebarang pertanyaan lanjut:
sektorsaraanbpsm@ums.edu.my
088-329 068
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Sektor Saraan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
30 Januari 2024 (Selasa)