Menyelaraskan dan Melaksanakan urusan yang berkaitan dengan pengurusan pendaftaran dan rekod pelajar untuk memastikan keperluan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dipenuhi.
Menyelaraskan dan Melaksanakan pengurusan peperiksaan akhir dan penilaian bagi program di bawah kendalian UMSFLEC bagi memastikan perjalanan peperiksaan akhir dapat dilaksanakan dengan teratur.
Menyelaraskan dan menguruskan pengurusan pengijazahan dan konvokesyen bagi pelajar program kendalian UMSFLEC bagi memastikan perjalanan operasi dapat dilaksanakan dengan teratur.
Menyelaraskan dan melaksanakan pengurusan bahan mesyuarat jawatankuasa di UMSFLEC bagi memastikan agenda berkenaan UMSFLEC dibincangkan dan diminitkan.
Menyelaraskan, menguruskan dan melaksanakan urusan yang berkaitan dengan Seksyen Pentadbiran dan Kewangan UMSFLEC bagi memastikan tadbir urus adalah berlandaskan peraturan semasa Universiti.
Pusat Pendidikan Fleksibel Universiti Malaysia Sabah
Bahagian Pengurusan Akademik, Hal Ehwal Pelajar Dan Pentadbiran